Surat Kiriman Rasmi
halaman utama
siapakah gerangan
uji cerdas
di sebalik tabir
bicara hati
jalinan mesra

SURAT  KIRIMAN  RASMI

 

Nama Pengirim                                     * Teliti soalan. Gariskan kata

Alamat pengirim,                                                   kunci, iaitu apa yang dikehendaki         

______________,                                               soalan.

______________,                                           * Kenalpasti kata ganti diri yang

                                                                           akan digunakan.

28.05.02                                                                                                                        1) saya & pihak tuan ( badan/organisasi/

    pihak tuan )

Nama Penerima                                                  2) saya & tuan ( undangan )

Alamat Penerima,                                               3) saya & puan

______________,                                           * Laras bahasa mesti tepat, mudah, formal

______________,

 

Tuan,

 

Per :     Aduan mengenai…

            Pujian terhadap…

            Permohonan mendapatkan…

            Rayuan agar…

            Undangan untuk menjadi…

            Saranan agar…

            Penghargaan kepada

 

           

            Perenggan 1 : Perkenalkan diri.

Rujuk kepada persoalan yang diutarakan oleh soalan

Nyatakan tujuan.

 

            Perenggan 2 : Nyatakan masalah yang dihadapi.

Berikan latar belakang masalah.

Gunakan 5W & 1H.

Mengapa?                    &  Bagaimana?

Bila?

Siapa?

Di mana ?

Apa?

 

            Perenggan 3 : Berikan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut.

 

 

            Perenggan 4 : Nyatakan harapan agar pihak tuan menerima atau dapat meneliti saranan yang diberikan agar masalah ini dapat diatasi segera.

 

 

Yang ikhlas,

 

Tandatangan penerima

( Nama penuh penerima )

Contoh
 
Roslan Bin Ali

Blk 365, Choa Chu Kang Drive 4

#06-85,

Singapore 553365

 

20hb September 2003

 

Pegawai Penyiasatan

Pondok Polis Kejiranan Choa Chu Kang East

Singapura 553112

 

Tuan,

 

Per : Masalah disiplin remaja di estet perumahan Choa Chu Kang

 

        Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memaklumkan tuan tentang masalah disiplin remaja yang semakin berleluasa di kawasan Choa Chu Kang Drive 4.

 

            Sejak akhir-akhir ini, saya dapati semakin banyak contengan grafiti di kolong-kolong blok dan di dinding-dinding lif di kawasan kejiranan kami. Saya ingin menekankan bahawa perlakuan ini disebabkan oleh remaja-remaja yang sering kelihatan berkeliaran di kawasan ini. Perlakuan sedemikian sudah tentu akan mencemarkan reputasi estet perumahan kami.

 

            Pada malam hari pula, anak-anak remaja ini sering berkumpul di bawah kolong-kolong blok sambil bermain daun terup serta bermain gitar. Sering kali mereka berkumpul sehingga lewat malam dan hal ini telah menyebabkan penduduk-penduduk di kawasan kami berasa terganggu dengan bunyi bising akibat pekik-sorak dan hilai-ketawa mereka.

 

            Kami juga khuatir dengan masalah kecurian yang semakin  meningkat di kawasan ini. Sering kali, kami penduduk kehilangan barang-barang yang kami letakkan di kaki lima rumah seperti sepatu yang baru dan berjenama, basikal serta pakaian berjenama yang dijemur di sidaian kain.

 

            Saya ingin menyarankan agar pihak tuan dapat melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini. Antara saranan saya ialah agar pihak tuan mengerapkan rondaan di kawasan kami terutama pada sebelah malam. Mungkin pihak tuan juga boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang seronok di Kelab Masyarakat Choa Chu Kang East untuk menarik perhatian remaja-remaja ini. Anggota polis yang melakukan rondaaan juga boleh mendekati remaja-remaja ini untuk mengetahui masalah mereka dan menasihati mereka agar menjaga ketenteraman awam.

 

            Saya amat berharap pihak tuan akan meneliti masalah yang saya utarakan serta saranan-saranan yang saya berikan. Saya berharap masalah ini dapat diatasi segera. Terima Kasih.

 

Yang benar,

 

Roslan