Surat Kiriman Tidak Rasmi
halaman utama
siapakah gerangan
uji cerdas
di sebalik tabir
bicara hati
jalinan mesra

Lakaran
 

SURAT KIRIMAN TAK RASMI

 

1)      sahabat pena / kawan                                             - saya & saudara / saudari

2)      adik   kepada abang / kakak                                   - adinda & kekanda

3)      kakak / abang kepada adik                                     - kekanda & adinda

4)      anak kepada ibu atau ibu saudara                            - anakanda & bonda

5)      anak kepada bapa atau bapa saudara                      - anakanda & ayahanda

6)      cucu kepada datuk / nenek/ nenek saudara  - cucunda & ninda

 

 

Nama pengirim

Alamat Pengirim,

______________,

______________,

 

 

28 hb Mei 2002

 

Ke hadapan saudara Azri yang berada jauh di mata.

 

Saudara,

 

 

            Perenggan 1 : Bertanyakan khabar. Menyatakan hasrat hati,

“layangkan lembaran”, “mengutuskan warkah” .Bahasa yang indah dan berbungan digunakan. Mesti menunjukkan kemesraan yang terjalin di antara pengirim dan penerima.

Saya mendapat khabar bahawa….

Di dalam isi surat saudara yang lalu …

Tujuan surat ditulis dinyatakan secara halus dan tidak langsung.

 

            Perenggan 2 : Isi surat berdasarkan kehendak soalan.

Jika soalan ingin kamu memujuk, surat yang kamu tulis haruslah penuh dengan pujukan dan pelbagai sebab.

Jika soalan ingin kamu memberikan perangsang / semangat kamu mestilah berikan beberapa

sebab dan alasan untuk memberikan semangat kepadanya.

 

            Perenggan 3 : Sudah agak panjang isi surat saya pada kali ini. Walaupun saya ada banyak lagi untuk ditulis namun saya rasa saya harus berhenti di sini sahaja. Saya berharap kedatangan warkah saya ini telah sedikit sebanyak berjaya a menghiburkan hati saudara yang sedang gundah-gulana.

 

Salam manis, Salam ukhwah, Yang merinduimu, Sahabatmu yang jauh,

Yang menanti khabar darimu,

 

Tandatangan pengirim,

Contoh
 

Zuriyah Bte Manaf

113, Lorong Pemimpin,

Singapura 466711.

 

15.01.03

 

Ke hadapan saudara  Umar  yang menetap di Choa Chu Kang,

 

Saudara,

 

            Bagaimana dengan keadaan saudara Umar sekarang? Saya harap saudara berada dalam keadaan sihat sejahtera. Semenjak saudara tidak menghadirkan diri ke kelas  akhir-akhir ini, saya sudah lama tidak mendapat khabar dari saudara. Saya dan rakan-rakan semua ingin tahu tentang perkembangan saudara dan keluarga di sana.

 

            Sebenarnya, niat saya menulis warkah ini adalah untuk berbincang tentang keputusan saudara yang ingin berhenti daripada meneruskan pelajaran di politeknik ini. Saya telah mendapat tahu akan perkara ini daripada guru-guru yang mengajar. Saya amat memahami situasi saudara sekarang yang menghadapi masalah keluarga. Di sini, saya serta rakan-rakan dan guru-guru ingin membantu saudara dan keluarga saudara.

 

            Untuk pengetahuan saudara, terdapat banyak badan-badan Islam yang bersedia memberi bantuan  kepada saudara seperti Pertapis, LBKM, dan juga Darul Arqam. Bantuan daripada mereka dapat meringankan beban saudara dalam menanggung keperluan keluarga. Selain itu, saudara juga boleh mendaftarkan nama ibu dan nenek saudara di hospital-hospital tertentu untuk memohon subsidi perubatan seperti di Hospital St. Andrew. Adik-adik saudara pun  berpeluang meneruskan alam persekolahan mereka dengan mendapatkan bantuan biasiswa daripada pihak Mendaki. Saya berharap saudara akan menitik beratkan masa depan adik-adik saudara agar mereka  berpeluang meneruskan pelajaran bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Setiap masalah saudara pasti ada jalan penyelesaian.

 

            Di sini, saya juga berharap agar saudara menarik balik keputusan saudara untuk berhenti belajar. Pensyarah-pensyarah di sini amat mengharapkan kepulangan saudara kerana saudara mempunyai bakat dan kepandaian. Usahlah mengenepikan anugerah Tuhan ini. Pihak politeknik telah pun bercadang untuk memberikan subsidi yuran buat saudara setelah meneliti masalah kewangan saudara. Kami tidak mahu kehilangan seorang pelajar yang berdedikasi dan cekap.

 

            Semoga saudara akan memikirkan dengan teliti  cadangan saya ini. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudara di sana.

 

Yang benar,

Zuriyah

 

Enter supporting content here