Pidato
halaman utama
siapakah gerangan
uji cerdas
di sebalik tabir
bicara hati
jalinan mesra

Contoh 1
 

Tuan pengerusi majis yang saya muliakan lagi saya hormati, guru-guru yang saya sayangi, para pengadil yang bijaksana, dan hadirin hadirat yang saya muliakan. Tajuk pidato saya hari ini ialah

“Buku Pelita Hati”

 

 Para hadirin sekalian,

 

Apakah yang anda faham tentang tajuk pidato saya hari ini? Buku ialah alat komunikasi sama seperti akhbar, radio dan televisyen. Di dalam buku ada ilmu dan pengetahuan. Pengetahuan ini dapat menambahkan ilmu insan yang membaca buku tadi. Apabila insan telah berilmu maka ia semacam sudah terpancar cahaya penyuluh kehidupan pada hari mukanya. Jadi, ia tidaklah  akan teraba-raba

seperti seorang buta yang kehilangan tongkat. Insan yang menjadikan  buku sebagai penyuluh dan pelita hatinya dapat membuat wawasan yang jelas terhadap masa depannya.

 

Hadirin sekalian,

 

Kejayaan hidup pada zaman sekarang tidak lagi bergantung semata-mata kepada pengalaman sahaja. Kalau kita hendak bekerja sendiri pun kita memerlukan ilmu pengetahuan. Katakan kita berniaga, selok-belok berniaga sudah semakin canggih sekarang, bukan macam dulu. Kalau kita pergi ke kedai buku kita akan dapati banyak buku-buku yang mengajar kita cara-cara berniaga. Kalau kita hendak jadi jutawan pula, banyak juga buku-buku yang memberikan tips menjadi jutawan. Sebab itulah buku dikatakan sebagai pelita hati, penyuluh kehidupan, ke arah kebahagiaan dan kesenangan.

 

Para hadirin sekalian,

 

Saya berasal dari keluarga miskin dan tinggal di kampung. Rumah kami tidak ada bekalan elektrik. Kami menggunakan perigi dan sungai untuk keperluan harian. Bayangkan dalam persekitaran yang begitu mengecewakan bagaimanakh orang seperti saya ini mengecapi kehidupan yang lebih baik? Kesemuanya kerana ketekunan kegigihan saya untuk belajar. Dengan kata-kata lain, buku menyerlahkan keinsafan dan kesedaran pada diri saya untuk memperbaiki kehidupan yang lebih baik. Dengan kata-kata yang lebih tegas, buku pelita hati dapat mengangkat darjat dan martabat seorang insan.

 

Sesungguhnya benarlah “Buku Pelita Hati”. Buku menerangi hati dan sanubari insan menuju cahaya kebenaran dan menolak kebatilan. Kalau sudah begitu makacubalah mendekati buku. Sekurang-kurangnya bacalah satu bab sehari. Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Ikuti resmi ini dalam pendekatan kita terhadap buku, bakal menerangi pintu hati kelopak rasa. Saya sudahi dengan assalamualaikan. Terima kasih.

 

 

Contoh 2

Ucapan – Syarahan

Eddie (Men 4 BML) 2003

Sekolah Victoria

 

Soalan :

Kamu telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam sebuah peraduan syarahan. Tajuk bagi syarahan kamu ialah, “Baik buruknya belajar di luar negeri”. Tulis teks syarahan kamu itu.

 

 

          Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana dan hadirin sekalian. Berdirinya saya  di sini bukanlah untuk bergaya tetapi untuk menyampaikan syarahan yang bertemakan “Baik buruknya belajar di luar negeri”.

 

Hadirin sekalian, dewasa ini pemuda-pemudi kerap kali memilih untuk melanjutkan pelajaran masing-masing ke luar negeri. Soalannya, adakah keputusan tersebut patut dilakukan oleh pelajar-pelajar tempatan yang merupakan bakal tulang belakang sesebuah negara? Adakah sistem pendidikan tempatan tidak begitu memuaskan sehinggakan para pelajar terpaksa mengejar cita-cita mereka di luar negeri? Sebelum menjawab soalan tersebut, adalah wajar jika kita mengkaji dan menganalisa kebaikan dan keburukan belajar di luar negeri terlebih dahulu.

 

          Pertama sekali, pelajar yang menimba pengetahuan di luar lingkungan tanah air jelas sekali akan mempunyai pengalaman yang lebih luas. Ini adalah kerana cara fikiran dna ideologinya melibatkan aspek luar dan bukan sahaja terhad kepada aspek di dalam negara. Pelajar tersebut juga mempunyai perspektif yang berlainan terhadap sesuatu perkara kerana ia mengambil kira tanggapan asing yang disuarakan.

 

          Kedua, dengan melanjutkan pelajaran ke luar negeri, secara langsung. Pelajar tersebut akan menjalani cara kehidupan yang sama seperti masyarakat asing itu. Ini akan mempertingkatkan persefahaman antara dua pihak dan pelajar tersebut lebih memahami budaya masyarakat lain.

          Di samping itu, dengan menimba ilmu di luar negeri, kita berpeluang untuk berkenalan dengan ramai orang dari luar negeri yang mempunyai asal-usul yang berlainan. Melalui perbualan dan perbincangan, pelajar-pelajar dapat saling bertukar pendapat ataupun pandangan dan ini sebenarnya membantu para pelajar meluaskan ilmu pengetahuan mereka.

 

          Bagi seorang pelajar yang berhijrah ke luar negera yang lain untuk melanjutkan pelajarannya, dia akan mendapat manfaat dari segi pembentukan sahsiahnya. Pelajar tersebut akan hidup berdikari dan sikap bertanggung jawab dapat disemai di dalam dirinya.

 

          Dengan belajar di luar negeri, kita secara tidak langsung memainkan peranan sebagai seorang duta negara. Segala kelakuan, kejayaan, usaha atau kegagalan kita akan mencerminkan salasilah tanahair kita dan mempengaruhi tanggapan orang luar terhadap tanahair kita ini. Pelajar yang cemerlang dalam segala aspek berupaya mengharumkan nama negara dan mengubah pandangan orang lain terhadap negara.

 

          Hadirin sekalian, marilah kita menganalisa semua keburukan yang ada jika kita belajar di luar negeri. Dari segi ekonomi, pemindahan pelajar dari dalam negeri ke luar negeri juga mempengaruhi sistem penukaran mata wang asing. Pembiayaan yuran pembelajaran di luar negeri akan menukar aliran mata wang dari dalam negeri ke luar negeri. Jika ramai pelajar ingin melanjutkan pelajaran ke luar negeri secara serentak, aliran mata wang keluar dari negara akan bertambah dan akhirnya ekonomi terjejas.

 

          Suatu masalah yang akan timbul jika pelajar menimba ilmu pengetahuan di luar negeri ialah masalah penyesuaian diri di dalam sesebuah persekitaran yang baru. Jikalau seseorang pelajaritu tidak berasa selesa dengan cara kehidupannya yang baru, kemungkinan besar dia juga akan mengalamni masalah emosi kerana terlalu tertekan ataupun runsing. Sehubungan itu, pembelajarannya akan dipengaruhi.

 

          Belajar di luar negeri juga akan menyebabkan pelajar hilang sikap patriotik terhadap tanahairnya kerana seringkali terdedah kepada unsur-unsur dan budaya luar.

 

          Hadirin sekalian, sudah sampai masa kita membuat kesimpulan mengenai kebaikan dan keburukan belajar di luar negeri. Pendek kata, belajar di luar negeri dapat membuka peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan yang luas dan mengelakkan daripada menjadi seperti ‘katak di bawah tempurung’. Meskipun sedemikian, kita juga harus meneliti keburukannya.

 

          Dengan itu, saya mengakhiri hujah saya dengan memohon maaf jika terdapat apa-apa kesilapan yang telah saya lakukan ataupun mana-mana isi yang telah menyinggung perasaan para hadirin semua.

 

          Sekian, terima kasih.

                                                                                                           

 

 

 

 

 
 

Enter content here

Enter supporting content here