Laporan
halaman utama
siapakah gerangan
uji cerdas
di sebalik tabir
bicara hati
jalinan mesra

Contoh:

 

Laporan Tahunan Persatuan  St. John Abulance Cadet No. 47

 

 

Cadet No. 47 Combined Division St. John Ambulance SMK Sungai Tapang dianggotai oleh 120 orang ahli lama dan baru dari sesi pagi dan sesi petang. Pada tahun ini, persatuan ini beroperasi dalam kumpulan di bawah bimbingan 6 orang guru penasihat. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang ketua kumpulan dan dibantu oleh AJK lain.

Perjumpaan persatuan ini biasanya diadakan pada hari Sabtu dari pukul 7.00 pagi hingga 9.15 pagi. Setia kali perjumpaan, aktiviti persatuan ini dibahagikan kepada dua sesi, iaitu sesi latihan kawad kaki dan sesi pembelajaran pengetahuan pertolongan cemas. Sesi pembelajaran pengetahuan pertolongan cemas ini bertujuan untuk menyediakan ahli-ahli untuk mengikuti kursus dan ujian pertolongan cemas di Ibu Pejabat St. John Ambulace. Setakat ini, persatuan ini mempunyai 46 orang ahli yang lulus ujian Pertolongan Cemas.

Sepanjang tahun 1999, persatuan ini telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti tahunan. Antara aktiviti yang telah dan bakal dilaksanakan ialah :

  1. Latihan dan pertandingan kawad kaki pada hari Sukan Sekolah dan anjuran PBSM
  2. Bertugas semasa Hari Sukan Sekolah
  3. Mengikuti kursus Pertolongan Cemas anjuran Ibu Pejabat St. John Ambulance
  4. Mengikuti kursus
  5. Perkhemahan anjuran bersama dengan PBSM
  6. Annual Inspection ke-3
  7. Flag day
  8. Menyertai Annual Inspection dan aktiviti lain anjuran division lain.

Selain itu, ahli Pertolongan Cemas persatuan ini juga bekerjasama dengan pihak Ibu Pejabat untuk memberi perkhidmatan pertolongan cemas di luar sekolah.

 

Akhir kata, saya mewakili semua ahli persatuan ini ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada pihak Ibu Pejabat St. John Ambulance dan guru-guru penasihat di atas sokongan dan bimbingan yang diberikan.

 

Yang menjalankan tugas,
Ong

Ong Cheng Ting
Setiauasaha,

Persatuan St. John Ambulance

Enter content here

Enter supporting content here