Gergaji Bermata Dua
halaman utama
siapakah gerangan
uji cerdas
di sebalik tabir
bicara hati
jalinan mesra

Contoh Karangan 1

 

Khariana Ali

Sec 4E5

Sekolah Menengah Pasir Ris

 

                  

                             SEPERTI GERGAJI BERMATA DUA

 

            “Aku kaya! aku kaya!” Teriak ibuku sambil mengurai-ngurai kertas yang disangkanya wang. Teriakannya diikuti dengan hilai ketawa yang amat membingitkan telingaku. Dengan rambutnya yang kusut masai, dunia ini bagaikan satu illusi baginya. Kini, dia tidak dapat membezakan antara realiti dan fantasi. Aku hanya dapat memerhatikan kerenahnya sahaja. Tiada apa yang boleh aku lakukan. Semejak dia hilang akal, beginilah telatahnya setiap hari. Sungguh keanak-anakan. Jika aku menghalangnya, habis gamat satu wad. Ibu akan mengamuk, cadar di atas katil akan ditarik lalu dicampakkan di mana sahaja. Setelah itu, dia akan meronta-ronta di atas lantai. Bukankah ini memalukan kami? Oleh itu aku lebih rela berdiam diri. Aku menerima semua ini sebagai takdir kehidupan. Hidup ini bagaikan putaran roda, ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah. Aku berani katakan bahawa aku sudah mengalami semuanya. Aku pernah berada di atas dan kini aku di bawa. Sewaktu kehidupanku senang, ibu bukanlah seperti ini. Sayu pula aku melihatnya dalam keadaan begini. Titisan air mata mengalir tanpa aku sedari mengingatkanku kisah silam.

 

          Tiga dekad yang lalu, ibu dan arwah ayahku telah mempelopori perniagaan mengekspot rempah-ratus. Pada mulanya, mereka hanya berniaga secara kecil-kecilan. Setelah melihat perniagaan mereka bertambah maju, mereka cuba memasuki pasaran yang lebih luas. Antara orang pertama yang bersama orang tuaku mempelopori perniagaan ini ialah Pak Leman. Pak Leman merupakan seorang bekas kelasi. Sewaktu bertugas, dia sering ke negara nusantara seperti Indonesia. Dari situ, dia berupaya mengetahui tempat mana yang mempunyai rempah-ratus yang baik dari segi mutunya. Macam-macam rempah-ratus yang diperolehinya. Lama-kelaman, perniagaan mereka bertambah maju. Ramai orang membeli rempah-ratus dari mereka kerana mutunya yang sangat baik. Dalam jangka masa sedekad, mereka sudah pun menjadi jutawan.

 

          Memang menjadi lumrah, setiap perniagaan yang maju pasti terdapat persaingan yang sengit. Lebih-lebih lagi perniagaan arwah ayahku, syarikat yang boleh mengancam kestabilannya ialah Syarikat Lekir. Syarikat Lekir sudah lama bertapak dalam bidang perniagaan ini. Oleh itu apabila syarikat kami bertambah maju, agak sukar baginya menjalankan perniagaan seperti selalu.

 

          Arwah ayahku pula merupakan seorang yang optimistik. Walaupun menghadapi persaingan yang sengit, dia tetap tidak berputus-asa. Dia percaya jika kita mencari rezeki secara halal semuanya akan berjalan lancar.

Setelah aku dewasa, orang tuaku menghantar aku belajar selok-belok perniagaan di menara gading. Mereka sangat berharap bahawa aku akan dapat mewarisi perniagaan mereka. Apabila pengajian aku di menara gading tamat, aku dilantik menjadi pembantu ibuku dalam menguruskan syarikat. Pada masa itu, arwah ayahku sudah tenat dengan penyakit semputnya. Tanpa kuduga, baru enam bulan aku bekerja, arwah ayahku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tinggalah aku dan ibu untuk meneruskan perniagaan ini. Pak Leman yang semakin uzur tidak dapat bekerja dengan baik lagi lantas dia telah mengambil keputusan untuk bersara

 

Selang beberapa bulan kemudian, datang seorang pemuda di hadapan pintu pejabat kami. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Basri. Pada pandangan pertama aku mendapati bahawa Basri mempunyi ciri-ciri usahawan yang cemerlang. Sewaktu berbual dengan ibuku barulah aku tahu niat Basri ke mari. Menurut Basri,  dia dapat membekalkan rempah ratus yang terbaik di nusantara kepada syarikat kami. Dia yakin bahawa syarikat kami dapat maju lagi setapak. Manusia mana yang tidak inginkan kejayaan? Oleh itu aku dan ibu telah mengambil keputusan untuk mengambilnya bekerja. Lagi pun, dunia perniagaan ini sungguh sengit oleh itu kami hanya inginkan yang terbaik sahaja. Tambahan lagi Syarikat Lekir sering memerhatikan perkembangan kami.

 

Setelah sebulan bekerja, Basri tidak mengecewakan harapan kami. Sekembalinya daripada sebuah kepulauan Riau di Indonesia, dia membawa balik rempah-ratus yang dijanjikan. Alangkah harum baunya. Mutunya juga baik. Aku fikir pada saat ini tiada syarikat lain yang boleh menandingi syarikat kami. Andaian aku meleset sama sekali. Syarikat Lekir telah pun mengeluarkan rempah-ratus yang sama rasa serta mutunya. Aku kehairanan. Akibatnya, syarikat kami mengamlami kerugian yang kecil. Tetapi, tiada apa yang perlu dikhuatirkan kerana Basri telah berjanji kepada kami bahawa dia akan mencari lagi rempah-ratus yang cukup istimewa untuk kami. Aku percaya akan kata-katanya. Lembu di pegang pada hidungnya, manusia dipegang oleh mulutnya.

 

Sebulan kemudian, aku menerima panggilan jarak jauh daripada Basri. Dia memberitahuku bahawa dia telah menjumpai rempah-ratus yang lebih bagus. Tetapi dia inginkan upah yang lumayan kerana bukan senang untuk mencari rempah ratus tersebut.

 

“Helo! Helo! Boleh saya bercakap dengan Cik Ani?” Kedengaran suara Basri di corong telefon. Keadaan di sekelilingnya sungguh hingar-bingar.

 

          “Ya, Basri, Cik Ani bercakap, ada apa-apa perkembangan?” kataku dengan nada yang tenang. Walaupun hati ini berkobar-kobar untuk mengetahui penemuan Basri.

 

          “Cik Ani, saya telah menemui rempah-ratus yang lebih baik. Saya pasti tentu Cik Ani akan suka. Tetapi saya memerlukan upah yang lebih lumayan. Bukan senang hendak dapatkan rempah ratus tersebut. Habis satu badan saya telah digigit nyamuk semata-mata ingin mencarinya.” teriak Basri seakan-akan merayu.

 

          “Baiklah, berapa yang awak mahukan? Saya akan mengalihkan wang tersebut ke akaun bank awak,” lafazku tanpa terburu-buru. Aku sanggup melakukan apa saja semata-mata untuk syarikat ini.

 

          “Tidak banyak, cuma tiga juta, itu pun jika Cik Ani sudi. Kalau tidak, tidak mengapalah. Jika orang lain yang menjumpa rempah-ratus ini, dia akan menjualnya kepada syarikat lain.” ucap Basri tanpa berfikir panjang. Perbualan kami di telefon berakhir dengan aku menurutkan kemahuannya. Sebelum itu, Basri ada mengatakan bahawa rempah-ratus yang baru akan tiba dalam masa seminggu lagi. Sungguh tidak sabar aku. Girangnya hati ini.

 

Sayang seribu kali sayang, kapal yang sepatutnya membawa rempah ratus ke Singapura telah karam. Punca kemalangan itu tidak diketahui tetapi apa yang telah dispekulasikan ialah ini adalah perbuatan khianat. Ibu pengsan tatkala memdengar berita hiba itu. Dia juga terperanjat apabila mengetahui aku telah memberi Basri wang sejumlah tiga juta. 

 

Namun apa yang mencurigakan ialah, pada hari yang sama kapal itu karam, gudang rempah Syarikat Lekir telah hangus dibakar. Angakara siapa ya? Aku bermonolog sendirian.

 

Kedua-dua syarikat gergasi rempah ratus akhirnya mengalami kerugian amat besar. Harga saham jatuh menjunam. Orang ramai tidak lagi membeli produk kami kerana syarikat yang lebih kecil telah menjual barang jualan mereka dengan harga yang lebih murah. Seperti telah dijangkankan, kedua-dua syarikat gergasi akhirnya lingkup dan pemiliknya diisytiharkan muflis.

 

Ibu tidak dapat menerima hakikat ini. Lama-kelamaan, akibat melayan perasaannya yang sering gundah-gulana ibu jadi kurang waras. Aku terpaksa menghantarnya ke institusi mental supaya dia mendapat perhatian yang sewajarnya.

 

Hasil siasatan pihak polis, Basri adalah dalang kepada segala musibah ini. Dia sengaja melakukan ini semua semata-mata dia ingin membuka syarikat rempah-ratusnya yang tersendiri. Dengan terhapusnya kedua-dua syarikat gergasi, makin cerahlah peluangnya untuk berjaya. Dia seperti gergaji bermata dua. Dia telah berpura-pura berbuat baik kepada dua belah pihak sehingga beroleh keuntungan daripada keduanya. Khabarnya, sewaktu dia berkerja dengan syarikatku, dia juga berkerja dengan Syarikat Lekir. Dia juga telah meminta upah yang lumayan daripada Syarikat lekir.

 

Awan kumulus berarak perlahan di atas langit yang cerah. Aku harap aku dapat bangkit daripada kegagalan ini dan kembali cemerlang seperti dahulu.

 

Enter content here

Enter supporting content here