Jika Ular Menyusur Akar Tiada Hilang Bisanya
halaman utama
siapakah gerangan
uji cerdas
di sebalik tabir
bicara hati
jalinan mesra

Contoh Karangan

 

Nurdiyanah Bte Kamis

Men 4/1

Sekolah Menengah Temasek

 

 

             Aku sedar tanggungjawabku bertambah berat setelah berkahwin dengan Putera Charles dan dimahkotakan sebagai Puteri Wales. Walaupun begitu aku tidak bermegah diri dan menabik dada. Aku berjanji dengan statusku yang aku perolehi kini, aku akan menolong mereka yang kurang bernasib baik seberapa daya yang aku mampu.

 

                   Kehidupan di kalangan kerabat-kerabat diraja tidak sedikit pun menghambat diriku dari berinteraksi dengan rakyat jelata. Aku juga merancang ingin membuat lawatan ke rumah-rumah tumpangan dan rumah-rumah bagi golongan cacat di negeraku. Pada tanggal 21 Februari yang lalu, aku telah ke rumah tumpangan orang-orang tua di Royal Marsden. Aku ingin mengenali mereka dengan lebih mendalam.

 

                   Di ruang istirehat mereka, kelihatan seorang lelaki tua sedang memandang sesuatu di luar jendela. Aku menghampirinya. “Pakcik,” kataku. Dia tidak menoleh. :Ah, mungkin dia sedang mengenangkan sesuatu,” bisik hati kecilku ini. “Pakcik,” aku meninggikan nadaku sedikit.

 

                   “Oh, maaf nak. Fikiran pakcik menerawang sebentar. Hmm, tak salah pakcik, anak ini Puteri Diana kan?” Orang tua itu akhirnya menegurku.

 

                   “Tidak apalah pakcik. Benar, saya Puteri Diana. Pakcik sihat? Kalau pakcik tidak keberatan, boleh pakcik ceritakan sedikit mengenai diri dan keluarga Pakcik?”

 

                   “Pakcik sihat. Ya, pakcik boleh ceritakan sedikit. Dahulu, pakcik merupakan ahli perniagaan yang terkenal dan terbaik di negeri ini. Pakcik telah berjaya dalam apa jua bidang perniagaan yang pakcik ceburi. Pakcik sedar tanggungjawab pakcik sebagai seorang suami dan bapa kepada tiga orang anak perempuan. Pakcik lakukan ini semua untuk kebahagiaan dan masa hadapan mereka. Setelah anak-anak pakcik meingkat dewasa, pakcik telah mengahwinkan mereka dengan seorang guru, doktor dan seorang peguam. Sungguh tidak pakcik sangkakan menantu-menantu pakcik ini rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia. Mereka telah menghasut anak –anak pakcik supaya menghantar pakcik ke rumah tumpangan ini kerana pakcik merupakan beban bagi mereka. Mereka juga telah meletakkan syarat agar pakcik menyerahkan segala harta pakcik apabila umur pakcik mencecah 60 tahun. Kini, pakcik sudah uzur. Pakcik telah tinggal di sini selama sepuluh tahun, namun tidak ada seorang pun anak pakcik yang datang menjenguk pakcik di sini. Isteri pakcik telah dua puluh tahun meninggalkan  pakcik. Kini, pakcik menghabiskan sisa-sisa hidup ini keseorangan tanpa seorang teman.

 

                   “ Tapi, tidakkan pakcik mempunyai ramai teman di sini?”

 

                   “ Benar, tapi setiap seorang daripada mereka mempunyai masalah-masalah tersendiri. Lagi pun, tiada seorang pun yang memahami diri pakcik ini.”

 

                   “Baiklah pakcik, apa kata pakcik rehat sebentardan tenangkan fikiran pakcik. Biar saya yang menguruskan segalanya.”

 

                   “ Terima kasih, Tuan Puteri.”

 

                   “ Memang tugas saya pakcik. Minta diri dulu pakcik.”

 

                   Kisah tentang Pakcik McCarte itu tadi amat menyedihkan. Aku bertekad ingin menolong orang tua ini dan mengembalikan kebahagiaannya seperti sediakala. Langkahku yang pertama ialah untuk ke pejabat rumah tumpangan ini dan mendapatkan alamat anak-anak pakcik McCarte.

 

                   Setelah itu, aku ke rumah mereka dan menyauarakan pendapatku dalam hal ini. “ Ibu bapa adalah segalanya. Tanpa mereka, siapalah kita di dunia ini. Ingatkah kamu semua jasa-jasanya ketika kamu kecil? Dia telah banyak berkorban untuk kamu semua. Amatlah tidak wajar kamu melakukan perkara begini kepadanya.” Kataku dengan harapan agar dapat menyedarkan mereka.

 

                   Aku memandang anak-anaknya seorang demi seorang. “Oh Tuhan, lembutkanlah hati mereka,” doaku dalam hati. Akhirnya, salah seorang daripada mereka pun bersuara. “Puteri Diana, kini kami sedar kesalahan kami. Kami ingin mengambil ayah kami pulang dan kami berjanji tidak akan mensia-siakannya lagi.”

 

                   “Baguslah kalau begitu. Saya  doakan agar kamu sekeluarga hidup bahagia seperti dahulu.”

 

                   Aku bersyukur kini aku telah berjaya menyatukan keluarga itu semula. Sekurang-kurangnya aku telah memberi sinar kehidupan yang baru untuk pakcik McCarte. Semoga mereka sekeluarga hidup bahagia.

 

                   Pada tanggal 17 Jun yang lalu, aku telah ke Zimbabwe dan melawat hospital bagi kanak-kanak yang menghidapi penyakit AIDS. Keadaan hospital itu amat menyedihkan. Oleh sebab negeri Zimbabwe merupakan sebuah negeri yang sedang membangun, mereka tidakmempunyai dana yang cukup untuk membina sebuah hospital yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang canggih.

 

                   Oleh itu, aku telah menyarankan pada badan-badan tertentu agar membuat projek mengumpul dana secara besar-besaran di seluruh dunia bagi kanak-kanak AIDS  di Zimbabwe ini. Pada 1hb Julai , aku telah menjadi tetamu terhormat serta penaung bagi projek ini.

 

                   Di dalam sebuah wawancara dengan pihak media baru-baru ini, aku telah memberitahu mereka bahawa  aku dapat memahami penderitaan dan kepedihan  hidup yang dialami orang lain lebih daripada sesiapa sahaja. Aku juga tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kedudukanku sebagai Puteri Wales malah aku menyedari tanggungjawabku kini ialah memberi sokongan yang padu dan memberi sinar yang baru bagi mereka yang kurang bernasib baik agar tidak berputus asa untuk meneruskan kehidupan.

 

                   Selama lima belas tahun hayatku sebagai seorang puteri, aku telah menjadi penaung bagi lebih 100 badan-badan kebajikan. Aku juga sedar setinggi mana darjat seseorang itu tidak akan hilang jika ia merendahkan diri sekalipun, bak kata pepatah, jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.

 

Enter content here

Enter supporting content here