Biduk Lalu Kiambang Bertaut
halaman utama
siapakah gerangan
uji cerdas
di sebalik tabir
bicara hati
jalinan mesra

Contoh Karangan 1

 

Nur Syahidah

4/2

Temasek Secondary

 

                        “Sampai hati kau curi duit abang!!! Tak cukup ke duit jajan yang aku kasi kau setiap hari ???!"

                       

                        Terbayang kemarahan yang meluap-luap di wajah Sharif.

 

                        "Siapa yang ajar kau mencuri ni hah ? Ini mesti pengaruh kawan-kawan kau. Habis semua duit aku kau kebas ! Kau ni memang tak berhati perut lah ! Kau langsung tak fikirkan nasib dan keadaan keluarga !’’

 

                        Maria hanya duduk terpaku mendengar leteran dan ceramah abangnya Sharif. Dia terus masuk ke biliknya lalu memikir kembali. Diimbas semula apa yang terjadi pada malam itu. Seperti gunting makan di hujung, Marian memasuki bilik abangnya. Ketika itu abangnya tiada di rumah kerana lewat bekerja dan adik-adiknya telah tidur. Maria pun membongkar laci abangnya. Dia terjumpa duit $100. Hatinya berdebar. Antara ia atau tidak.

 

                        “Inilah peluang aku untuk membeli kasut itu. Semua kawan-kawan aku ada kasut baru. Aku pun berhak juga….” bisik hati kecil maria.

 

                        Maria dengan pantas mengaup duit itu lalu menyimpannya dalam kocek seluarnya. Begitulah yang terjadi pada malam itu. Maria, yang selama ini seorang gadis yang rajin dan baik, telah mencuri duit abangnya. Entah apa agaknya yang menyebabkan dia bertindak begitu bodoh sekali. Dia tahu mencuri itu salah, namun dia lakukan juga. Barangkali godaan syaitan.

 

                        Sharif pilu mengenangkan apa yang terjadi. Dia seorang dalam keluarganya yang bekerja mencari hasil untuk menyara hidup keluarganya. Dia tinggal bersama tiga orang adiknya termasuk Maria. Ibu bapa mereka sudah lama kembali ke pangkuan Illahi. Sebagai ketua keluarga, Sharif memikul tanggungjawab menjaga adik-adiknya dan memberi mereka makan dan minum. Dia kesal atas apa yang terjadi. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Kini, mereka sekeluarga hanya menharapkan bantuan daripada badan-badan kebajikan. Dia dan Maria sudah tiga hari tidak bertegur sapa. “Apalah nasibku ini. Gaji yang aku dapat tak cukup untuk tanggung kita sekeluarga…’’ Sharif mengeluh. Dia membuka lacinya dan mengira wang yang dia ada sekarang. Hanya tinggal $150 sahaja.

 

                        Hari silih berganti. Di sekolah, Maria ditegur oleh rakan-rakannya tentang kasut barunya yang kelihatan cantik dan mahal itu. Rata-rata mereka semua cemburu. Tetapi mereka hairan juga. Mereka tertanya-tanya dari mana agaknya Maria dapat duit banyak begitu untuk membeli kasut ADIDAS yang berharga mencecah $100 itu, sedangkan mereka tahu keluarga Maria miskin dan tidak mampu membeli barang-barang mahal dan mewah begitu.

 

                        "Ooh, aku dah lama simpan duit dalam tabung untuk membeli kasut ini… " Maria berbohong kepada rakan-rakannya. Yang sebenarnya mereka tidak tahu bahawa Maria telah mencuri. Maria memandang ke arah kasutnya, lalu termenung panjang memikirkan kesalahannya.

 

                        Aku patut meminta maaf pada abangku. Dia bertungkus-lumus mencari wang siang dan malam dan hasil titik peluhnya ini kucuri tanpa rasa simpati pun. Aku memang tamak. Aku mementingkan diri sendiri. Perasaan haloba aku telah menggoda aku. Kenapa aku tergamak mencuri demi untuk memuaskan keinginan hati? Aaaah. Lupakan sahajalah. Perkara sudah berlalu. Tetapi, sampai bila aku harus bermusuhan dengan abangku ? Walau apapun terjadi, kita tetap adik beradik. Tiada ada dapat memutuskan silaturrahim kita..

 

                        Maria bergegas pulang ke rumah. Dia bertekad untuk meminta maaf pada abangnya.

 

                        Tuk tuk tuk..

 

                        “Abang, bukalah pintu ini. Maria kesal atas apa yang terjadi. Maria tidak fikir tentang keadaan keluarga kita. Sekarang Maria dah sedar,” Maria berkata dengan nada penuh kesal. Tiada respon.

 

                        Keesokan harinya, Maria tidak berputus asa lagi. Dia memasak lauk kegemaran abangnya untuk menambat hatinya. Malam itu Sharif pulang lewat. Dia kelaparan kerana sehari suntuk mencari kerja baru. Apabila terpandang lauk asam pedas yang terhidang di atas meja makan, Sharif pun duduk makan. Tiba-tiba dia terlihat sekepung kertas tersembunyi di bawah pinggan nasinya. Dia membaca apa yang terkandung dalam kertas itu.

 

                        “Abang, adik benar-benar kesal. Maafkanlah adik. Adik sudah masakkan lauk kegemaran abang. Kini, apa yang termampu adik lakukan ialah untuk berjanji agar perbuatan ini takkan Maria ulangi lagi.”

 

                        Tanpa Sharif sedari rupa-rupanya Maria sedang mengintip dari belakang pintu untuk melihat reaksi abangnya ketika membaca kandungan kertas itu. Sharif terlihat Maria lalu memanggilnya.

           

                        “Abang sebenarnya sudah lama maafkan adik. Sengaja abang berpura-pura kerana abang ingin adik benar-benar sedar akan kesilapan adik dan gunakan ini sebagai pedoman dalam hidup adik. Belajarlah dari kesilapan ini. Jangan sesekali adik ulangi kesilapan ini… 

 

                        Maria tersenyum lebar. Dia gembira dan lega kerana Sharif telah memaafkannya. Inilah yang berlaku antara mereka. Akhirnya mereka berbaik-baik semula bagaikan biduk berlalu kiambang bertaut.

 

                        Esoknya Sharif pulang dengan hati yang riang membawa berita gembira. Dia baru mendapat pekerjaan baru sebagai seorang wartawan untuk syarikat Mediacorp Studios. Gajinya agak lumayan. Maria turut bergembira dengan pekerjaan baru abangnya itu. Untuk menyambut berita gembira itu, Sharif pun belanja Maria dan adik-adiknya makan di restoran mewah…

 

 

Contoh Karangan 2

 

Adriana Chandra

4/1

Sekolah Menengah Temasek

 

 

“Mak, aku pergi dahulu! Aku pulang pukul sebelas nanti!” Blam!     Terdengar bunyi daun pintu tertutup. Dari tingkap itu, pandangan Ana ditebarkan keluar, menatap bahu kakaknya, Sara, yang semakin lama menghilang di kejauhan. Ana dibungkus sepi. Hatinya diselaputi

perasaan pilu.

 

Haaah.. Ana menghela nafas panjang. Dia telah melupakan aku, ucapnya dalam hati. Sejak dia mendapatkan seorang kekasih, Dodi,

dia melupakanku. Dia tidak pernah lagi berada di rumah, melainkan

pergi bersama Dodi. Tidak pernah kami berbual-bual seperti dulu.

Dia berubah.. Dodi ini! Dodi itu! Hanya ada Dodi di mindanya!

 

Ana berusaha melupakan perasaannya. Dia pun menghidupkan komputer dan mengunjungi ruang sembang. Ana ingin mencari teman.

Dia yakin dia akan mendapatkan teman malam itu. Ana memang tidak pandai berkawan seperti kakaknya. Sara sangat pandai dan disukai

ramai kawan-kawannya. Dia murah senyum dan baik hati. Di sisi yang

lain, Ana tidak secerdas kakaknya. Dia pendiam dan murung.

Kawannya hanya segelintir, itu pun tidak dekat. Hanya kakaknya yang menerti dia dan menjadi teman satu-satunya. Walau bagaimanapun,

dia berazam kuat untuk tidak bergantung pada kakaknya semata-mata. Tiba-tiba, lamunan Ana terputus.

 

Qt_pie> hai! namaku nanda. boleh bekenalan?

 

SweeTiE1009> tentulah! aku ana.

 

Qt_pie> aku tahu kau! kau adik sara!

 

SweeTiE1009> kau mengenalnya? Baguslah tu!

 

Qt_pie> =)

 

Ana menemukan banyak persamaan antara dirinya dengan

Nanda. Mereka berbual-bual setiap malam. Dia akhirnya mendapat seorang sahabat. Nanda telah mengubati perit di hatinya. Peliknya,

Nanda sering menanyakan banyak hal tentang Sara. Ana terus menceritakan hal-hal tentang Sara pada Nanda. Dia membuka

tembelang Sara pada Nanda. Terkadang, Ana mengirim foto-foto

Sara yang memalukan pada Nanda. Ana merasa puas. Dia seakan membalas kecuaian Sara padanya.

 

Di lain tempat, Nanda tersenyum licik. Dia membenci Sara

yang pintar dan cantik. Dia memiliki perasaan dengki yang teramat

dalam pada Sara. Akhirnya, dia dapat membalas semua itu. Nanda

pun mula menyebarkan foto-foto dan rahsi Sara dalam bentuk surat berantai dari Ana pada kawan-kawan sedarjahnya. Hahaha!

Rasakan kau, Sara!

 

         Beberapa hari kemmudian, Sara mengetahui apa yang terjadi.

Foto-fotonya ditampalkan di papan notis darjahnya. Sara membuat

muka aneh. Sara tidur. Sara menangis. Sara bersalin baju. Semua.

Di bawah foto-foto itu tertulis:

 

       Semua orang! Lihatlah kakakku! Inilah Sara yang tidak kalian kenali!

                                                             ~Ana~

 

Sara terperanjat. Awan mendung bergayut di pelipis matanya. Dadanya bagaikan terbakar,namun hatinya pecah seribu. Dia tidak berhenti bertanya-tanya pada dirinya. Bagaimana mungkin Ana

yang begitu manis dapat melakukan ini padanya? Apa salahnya? Air

matanya akhirnya tumpah. Dia langsung mengoyakkan semua

foto-foto itu. Lengkingan tawa memenuhi bilik darjahnya. Sara

tidak tahan. Dia berlari menuju ke bilik darjah adiknya.

 

Ada apa, kak?” tanya Ana dengan air muka tidak berdosa. Melihatnya, perasaan marah Sara  semakin meluap-luap.

 

                    “Kau.. Kau..” Plaaak! Satu tamparan kuat hinggap di pipi

Ana. Bayang-bayang kebingungan dan sakit hati tercalit di wajahnya.

 

                   “Beraninya kau menyebarkan foto itu! Itu adalah rahsia kita! Kau

lupakah?”

 

 Ana tidak tahu apa yang terjadi, namun dia tidak dapat

menyangkal apa yang dikatakan kakaknya kerana memang dialah

yang memberikan foto-foto itu kepada Nanda.

 

                   “Kalau ya, apakah kakak peduli? Sekarang, kakak hanya

memikirkan Dodi! Kakak tidak pernah lagi memperhatikanku!”

 

                   “Jangan kau membawa Dodi ke dalam masalah ini! Memang

kau mahu menampalkan diri padaku sampai bila, hah?”

 

         “Kakak berubah! Aku benci kakak!”

 

                   “Diam kau! Kau selalu menyulitkanku. Parasit kecil! Kau

adalah cacat di hidupku. Aku…”

Sara tidak dapat menyelesaikan kalimatnya kerana tangan Ana melayang menampar pipinya. Ana menangis tersedu-sedu. Pedih

sungguh hatinya mendengar kata-kata kaca dari lidah kakaknya.

Mereka sama sekali tidak mahu memohon maaf. Sara pun pergi dari

bilik darjah Ana dengan perasaan marah yang membara-bara.

 

                   Hari itu adalah hari terpanjang bagi mereka. Mereka dihujani

ejekan-ejekan dan menjadi buah mulut satu sekolah. Mereka tidak

dapat fokus pada pelajaran. Mereka saling berharap saudarinya akan memohon maaf nanti saat sudah pulang. Namun, tidak ada yang mengatakan kata ‘maaf’.

 

         Dua hari berlalu. Mereka masih bermasam muka. Tidak

sepatah kata pun mereka ucapkan antara satu dengan yang lain.

Setiap pagi, mereka pergi ke sekolah sendiri. Saat makan malam,

mereka cepat-cepat menghabiskan makanan mereka supaya tidak

usah terlalu lama duduk semeja.

 

                   Lama kelamaan, Ana tidak dapat menahan hari demi hari

yang digigit kesepian yang amat menyeksa. Dia ingin hubungan

mereka kembali seperti sedia kala. Namun, setiap kali dia

mempunyai kesempatan, lidahnya seperti dikelukan oleh suatu

kuasa. Mulutnya terkunci. Sara pun sebenarnya merindui

kehangatan adiknya, akan tetapi hatinya masih pilu akan perbuatan

Ana. Dia pun semakin sering keluar dengan Dodi untuk menghindari

Ana.

 

Pada petang yang kelabu itu, Ana pergi ke pantai, tempat kegemarannya. Dia pun duduk di batu-batu yang besar. Entah

mengapa, deburan ombak bagaikan melodi halus di telinganya.

Angin semilir menampar pipinya lembut. Warna senja mulai

memamah suasana. Matanya mula terasa basah.

 

                   Ana pun tenggelam dalam laut fikirannya. Dia masih teringat

segar saat Sara memberikannya jam tangan untuk hari jadinya dua purnama yang lalu. Masih terasa pelukan hangat Sara yang

diberikan padanya saat ia kalut dan sedih. Kenangan pahit, manis,

suka dan duka bermain di kotak fikirannya. Dia pun membiarkan

fikirannya menerawang.

 

                   Malam kian mengengsot dewasa. Tanpa Ana sedari, seisi

rumahnya sibuk mencarinya. Ibunya menelefon semua rakan

sedarjahnya, menanyakan keberadaannya. Tiada khabar. Ayahnya

hendak melaporkan kehilangannya pada polis. Sara pula telah

mencari-cari semua tempat yang mungkin dikunjungi Ana. Kedai

Makcik Aminah, kolong flat, taman bermain, namun tidak ada jejak

Ana. Perasaan berkecamuk melanda hatinya. Resah dan gusar silih berganti.

 

                   Pergi ke mana si bodoh ini? katanya dalam hati. Tahukah dia

betapa gelisahnya kami semua? Mahu apakah dia?

 

                   Bendungan air mata Sara pun pecah. Dia menyesal. Menyesal

telah bermasam muka. Menyesal telah mencaci-maki adiknya.

 

Ana, ke manakah kau? Ana, maafkan aku. Jangan biarkan aku sendirian Ana! Pulanglah!

 

                   Tiba-tiba dia teringat. Pantai! Ana pasti di sana! Sara pun

bergegas lari ke tempat di mana dia dan Ana biasa duduk. Betul dugaannya! Dari jauh, terlihat sesusuk tubuh kecil, duduk di

tengah-tengah kegelapan malam.

 

                   “ANA!” teriak Sara. Dia pun memeluk Ana. Dia telah

melupakan perselisihan di antara mereka. Dia sedar betapa

berharga Ana baginya. Dia pun membuka mulutnya untuk

berbicara.

 

                   “Ana, maafkan aku. Aku tidak peduli apa pun yang terjadi

antara kita. Yang pasti aku benci saat-saat kita bertelingkah.” Ana

tak sanggup menahan sinaran kasih yang terpancar dari mata

kakaknya.

 

                   “Kak, aku minta maaf. Ini semuanya salahku.”

 

                   “Tidak apa-apa, kau hanya kesepian dan hal itu berpunca dari

  aku.”

 

“Sebenarnya aku hanya memberitahu Nanda semua rahsiamu.    Pastilah dia yang menyebarkan semuanya.”

 

“Nanda! Pastilah dia! Dia selalu menyimpan hasad dan dengki padaku. Apalagi sejak Dodi menjadi kekasihku. Sudahlah. Yang

penting kau tidak apa-apa. Ana, janjilah padaku kau tidak akan pergi seperti itu lagi.”

 

                   “Baiklah kak. Kak, tahukah kau?”

 

         “Hmm, apa?” Sara tersenyum.

 

                   “Aku sangat menyayangimu!”

 

Kata-kata itu menusuk jauh ke sanubari Sara. Memang adiknya tidak pernah berkata banyak. Namun, setiap katanya penuh makna. Untuk kali ini, dia akan memaafkan perbuatan licik Nanda. Tuhan mengetahuinya. Biarlah Dia memberi Nanda hukuman yang pantas. Yang mereka yakin, mereka tidak akan pernah lagi berselisih faham seperti ini. Memanglah, setelah biduk berlalu,kiambang pastilah bertaut kembali.

 

- -Selesai - -

 

 

Enter content here

Enter supporting content here