Takut titik lalu tumpah
halaman utama
siapakah gerangan
uji cerdas
di sebalik tabir
bicara hati
jalinan mesra

Irene

4/1

Sekolah Menengah Temasek

 

      Takut titik lalu tumpah bermaksud hendak mengelakkan kerugian kecil malah mendapat kerugian besar. Cerita di bawah boleh menggambarkan peribahasa ini.

 

       Apabila aku naik ke atas pentas, kuntum kegembiraan yang sudah lama kuidam-idamkan akhirnya mengembang di hatiku sekaligus menghalau semua debaran-debaran yang memukul dada. Aku berhasil mendapatkan pengiktirafan Fakulti Perniagaan di Universiti Nasional Singapura. Akhirnya, semua jerih payahku membuahkan hasil yang amat memuaskan. Semua usaha danjerih payah ibu bapaku telah membuahkan hasil.

 

        Pada mulanya, aku bergabung dengan salah seorang temanku untuk mengelola bisnis kecil-kecilan yang telah kami bangun beberapa tahun yang lalu. Kami bersedia membahagi dua saham tersebut. Aku bertugas dalam barang-barang import manakala kawanku, Indah, bertugas dalam barang-barang import. Pada mulanya, kami banyak menghadapi masalah. Walau bagaimanapun, berkat kerja sama dan ketekunan kami berdua, kami berhasil mengatasi berbagai-bagai macam rintangan. Sayangnya, keluarga Indah diharuskan berpindah ke Australia. Oleh sebab itu, kami bersedia menempuh jalan masing-masing. Indah pun telah berencana akan meneruskan bisnesnya si Australia.

 

          Setahun kemudian, aku menerima telefon dari Indah. Dia memintaku datang ke Australia untuk membantunya. Awalnya, aku bertanya-tanya kepada diriku sendiri apa yang telah menimpa Indah. Semuanya menjadi jelas apabila Indah menjelaskan bahawa bisnes Indah mengalami masalah kewangan yang meruncing. Indah pula terancam akan menjadi mulfis oleh masalah ini. Tersentuh akan masalah yang Indah hadapi, aku pun berangkat ke Australia.

 

           Berkat pertolonganku, bisnes Indah terselamatkan daripada gulung tikar. Entah setan mana yang merasukiku, aku mula memikirkan rencana jahat untuk menggelapkan dan mencuri wang daripada perusahaan Indah. Aku iri akan keberhasilan Indah. Perusahaan yang ia miliki sungguh maju dan tiada bandingannya dengan usaha kecil-kecilan yang telah kudirikan.

            Tidak lama kemudian, aku mendengar khabar bahawa perusahaan Indah telah mengalami kerugian hingga terpaksa gulung tikar. Senyum kemenangan menghiasi wajahku. Aku seakan telah lupa akan ajaran Tuhan  untuk selalu berbakti dan tidak berbuat hina. Kini, dengan wang yang kumiliki, usahaku berkembang secara pesat. Perusahaanku pun berkembang menjadi salah sebuah perusahaan yang amat berhasil. Hidupku dipenuhi dengan kesenangan dan kemewahan. Setiap masa, hal yang kupikirkan hanyalah wang, wang, dan wang. Aku bangga pada diriku sendiri kerana akhirnya aku dapat menikmati semua yang telah lama kuimpi-impikan. Keserakahan telah membutakanku.

 

              “Aini, sudah lama ibu tidak melihat kau berdoa..Apa kau sudah lupa pada Tuhan?” “Ibu tak usah kesah Aini. Aini tahu apa yang Aini perbuat.”, aku menjawabnya dengan penuh keyakinan. Nasihat itu sudah seringkali terdengar di gendang telingaku. Walau bagaimanapun, semua nasihat ibu bagaikan masuk telinga kanan lalu keluar ke telinga kiri. Keluargaku pun sulit menerima perubahan pada diriku. Mereka tidak tahu lagi bagaimana cara menyedarkanku daripada segala keserakahan dan rasa iri hatiku. Segalanya yang dulu tidak mampu kubeli kini bebas kupilih sesuka hatiku tanpa peduli akan wang yang akan kubelanjakan.

 

              Suatu ketika, perusahaanku mengalami kerugian kecil. Bahagian pengimportan barang mengalami sedikit masalah. Takut akan kehilangan keuntungan daripada masalah ini, aku pun memutar otak.Akhirnya, aku memutuskan untuk meminta bantuan Indah kerana aku yakin hanya dia satu-satunya yang dapat kupercayai. “Lagipun aku yakin dia masih belum tahu bahawa akulah penyebab kehancuran karirnya”, bisik hati kecilku.

 

               Seperti yang kuduga, Indah bersedia menolongku dengan senang hati. Dia ingin membalas budi akan bantuan yang telah kuberikan kepadanya dulu. Hanya dalam beberapa bulan sahaja, perusahaanku kembali seperti semula. Sedar akan ketangguhan Indah dalam menghadapi pelbagai masalah, aku pun menerimanya bekerja sebagai salah seorang pegawai perusahaanku.

 

                 Malam itu, Indah mengajakku makan di sebuah restoran untuk merayakan keberhasilanku. Awalnya, aku menolak kerana hari itu aku mempunyai satu firasat buruk bahawa sesuatu akan menimpaku. Akan tetapi, melihat ketulusan hati Indah, aku pun tidak kuasa menolak permintaanya.

                  “Aini….Ingatkah kau Cikgu Zainab tu? Kau tahu tak, beliau kini telah mempunyai dua isteri…”kata Indah. “Betulkah tu?” balasku sembari melemparkan sebuah ekspresi terkejut. Itu adalah awal mula percakapan kami mengenai nostalgia masa-masa belajar dahulu. Tiba-tiba aku merasa seluruh kepalaku berputar bagai sebuah tornado. Tiba-tiba semuanya menjadi gelap. Aku berasa berada di awang-awangan.

 

                  Paginya, apabila aku sedar daripada tidurku, aku telah berada di rumahku. Seperti biasanya, aku pun membuat secangkir kopi sambil membaca Berita Harian di teras rumahku. Mataku terpaku pada sebuah artikel yang dimuat di halaman depan surat khabar tersebut. Di situ tertulis “Perusahaan Yang Dimiliki oleh Pengusaha Terkenal Nur Aini kini Telah Berpindah Tangan.” Awalnya, aku amat terkejut akan berita tersebut. Apabila kubaca artikel itu perengaan demi perenggan, amarahku semakin menjadi-jadi. Aku mencuba menenangkan fikiranku dengan menganggap bahawa bahawa orang yang menulis artikel tersebut hanya ingin menjatuhkan nama baikku.

 

                 Juraian air mata mengalir lalu membasahi lurah pipiku apabila Indah mengaku bahawa semua yang telah dimuatkan di artikel tersebut adalah benar. “Maafkan aku Aini. Aku tahu semua yang kau perbuat kepadaku. Tak kusangka kau tega berbuat hal demikian kepada sahabatmu sendiri.” Indah berkata. Kekecewaan yang amat dalam tergambar di paras mukanya. Nada suara Indah bagai sembilu yang merobek tangkai hatiku.

 

                  Ternyata salah seorang pegawai perusahaan Indah telah menyaksikan perbuatan dusta yang telah kulakukan dengan mencuri wang perusahaan Indah. “Maafkan aku Indah!!!” aku menempik dengan keras. Sepertinya Indah tidak perduli lagi dengan ucapan-ucapan maafku lagi. Dirinya penuh dengan dendam dan kebencian. Ternyata firasat burukku benar-benar menjadi kenyataan. Indah telah memasukkan ubat tidur ke dalam salah satu minumanku kemarin malam. Dalam ketidaksederanku, ia memaksaku menandatangani surat yang menyatakan bahawa aku akan mengalihkan seluruh usahaku kepadanya.

 

                   “Mengapa…mengapa semua ini terjadi padaku…”teriak hati kecilku. Sulit untuk kupercaya bahawa Indah tega melakukan semua ini terhadapku. Tetapi aku sedar bahawa ini balasan yang patut kuterima. Aku telah mengkhianati kepercayaan dan persahabatan yang telah kami jalin bertahun-tahun lamanya. Aku memang pantas mendapat semua musibah ini. Ini semua balasan Yang Maha Kuasa atas keserakahanku.Ingin rasanya kuputar balikkan waktu. Aku yakin apabila aku tidak meminta bantuan Indah dan membuka lagi luka lamanya, semuanya tidak akan terjadi.

 

        Ini semua boleh diibaratkan dengan peribahasa takut titik lalu tumpah. Seharusnya aku dapat menyelesaikan masalah yang kuhadapi tanpa bantuan Indah. Seharusnya…seharusnya…seharusnya….Walau bagaimanapun, aku sedar bahawa segalanya telah terjadi. Nasi sudah menjadi bubur.

 

          “Ya Tuhan…ampunilah dosa hambamu ini…Hamba memang makhluk yang sungguh berdosa..” Sambil merenungi semua dosa-dosaku, aku berjanji kepada Tuhan untuk berubah dan menjadi umat yang saleh. Kini terbetik suatu pengertian di hatiku bahawa hidup ini adalah satu medan perjuangan yang harus kutempuhi.Aku yakin Tuhan mempunyai rencana yang besar dalam kehidupanku dan semua ini hanyalah cubaan-cubaan yang pantas kuterima.

Enter content here

Enter supporting content here