Dialog
halaman utama
siapakah gerangan
uji cerdas
di sebalik tabir
bicara hati
jalinan mesra

  - 2 orang pelakon

            - membincangkan isu yang diberi / masalah yang diutarakan

            - seorang menyokong isu tersebut

            - seorang membangkan isu tersebut

            - akhirnya bersetuju tentang sesuatu perkara

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelakon : Azlan dan Faiz

Masa     : Selepas waktu sekolah

Tempat  : Di kawasan sekolah

            Satu perenggan pendek yang dipanggil situasi permulaan yang menyatakan bagaimana perbincangan mengenai isu yang akan dibincangkan itu boleh timbul. Perkenalkan juga watak di dalam perenggan ini.

  Azlan  : Tidakkah awak dengar bahawa……..

              Saya rasa perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana……

  Faiz      : Pada pandangan saya pula, perkara sedemikian……

                Pelajar-pelajar sepatutnya ……..

  Azlan    : ……………..

  Faiz      : …………….

  Azlan   : 1H 5W : bagaimanakah? mengapakah ? bilakah? Dengan siapakah? Apakah? Di manakah ?

 Faiz      : Bukankah… Tidakkah… Betullah…. Oleh itu… Begitulah akibatnya …

Azlan   : Perkataan-perkataan yang harus dielakkan:

               tak   = tidak

               aku  = saya

               engkau = awak

               kan       = bukan

               ye          = iya / ya

  Faiz      :  Kata Ganti Diri

               Saya dan awak  = perbualan di antara teman

               saya dan saudara / saudari = wawancara di antara seorang pelajar dengan seorang remaja

               saya dan tuan / puan  = wawancara dengan seorang tokoh

               saya dan cikgu / cikgu dan awak              =  wawancara antara cikgu dan murid

               saya dan cik /encik/ pakcik/makcik  =  perbualan di antara pelajar dan orang dewasa

             Perenggan penutup yang dipanggil situasi penutup yang menyatakan kesan akibat perbualan dua orang pelajar ini. Adakah sikap mereka terhadap isu / masalah yang dibincangkan berubah atau tidak?  Adakah kesedaran baru  timbul di dalam diri mereka.

Contoh 1

Mohd Khair (Men 4 BML) 2003
Sekolah
Victoria

 

'Bahasa Melayu dapat memainkan peranan utama dalam mengeratkan hubungan di antara negara di rantau ini.' Bincangkan.

 

Watak:        Ali dan Kamal, dua orang pelajar tingkatan empat

Tempat:       Di sebuah kantin sekolah

Masa:          Waktu rehat

 

          Semasa waktu rehat, seperti sediakala, Ali dan Kamal duduk bersembang di sebuah meja di kantin sekolah. Perhubungan mereka begitu akrab bagaikan isi dengan kuku, kerana telah berkawan rapat sejak darjah satu. Kedua-dua pelajar itu mengetuai Kelab Dewan Bahasa Melayu dan bahu-membahu menerajui kelab itu dalam memajukan dan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di Singapura.

 

Kamal:          Sudahkah kamu membuat pengumuman

                 kepada ahli-ahli Kelab Dewan Bahasa Melayu  untuk menghadiri

                   mesyuarat sempena Bulan Bahasa selepas sekolah?

 

Ali:              Saya sudah membereskan tugas saya. Saya mempercayai bahawa setiap ahli kelab ini sedar akan kepentingan mesyuarat ini, kerana kami akan membincangkan aktiviti dan kegiatan yang akan dianjurkan untuk meninggikan darjat dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu bukan sahaja khusus kepada masyarakat Melayu sahaja, tetapi dalam konteks global.

 

Kamal:          (sambil memberi pandangan muka yang serius) Pada pendapat saya, walaupun Bulan Bahasa ini dianjurkan setiap tahun, namun bahasa Melayu semakin terpinggir dan semakin tidak lazim digunakan.

 

Ali:              Maksud kamu?

 

Kamal:          Lihat sahaja penggunaan bahasa Inggeris yang telah digunakan

                   sebagai lidah penggugah rasa di setiap pelosok di dunia ini,

walaupun penutur-penutur bahasa ini bukanlah berbangsa Inggeris. Bahkan di Nusantara ini di mana dunia penutur bahasa Melayu berkembang, bahasa Melayu berkembang, bahasa Inggeris lumrah digunakan oleh generasi muda kami hari ini.

 

Ali:              Ya, itu memang, tetapi demi memelihara dan mempertahankan nilai maruah bangsa, kita harus sentiasa menggunakan bahasa Melayu di kalangan masyarakat kita. Seperti kekata Hang Tuah, "Takkan Melayu hilang di dunia ini."

 

Kamal:          (seolah-olah tidak mendengar kata-kata Ali) Bahasa Inggeris telah pun mencapai status lingua franca , yang bererti ia menjadi bahasa perantaraan yang dapat menghubungkan komunikasi antara penutur- penutur bahasa yang berlainan.

 

Ali:              (sambil meggeleng-gelengkan kepalanya) Ya, itu memang benar Kamal, tetapi kita harus memikirkan persoalan kepesatan perkembangan bahasa Melayu dalam konteks global! Dalam era kemajuan sains dan teknologi dan arus perubahan yang berlaku dengan pantas, tidak mustahilkan bahasa Melayu dapat menjangkau ke setiap pelosok di dunia ini, bukan sahaja bahasa Melayu dapat dikembangkan, bahkan sastera dan budaya Melayu dapat diperkenalkan kepada seluruh dunia. Bukankah itu hebat?

 

Kamal:          (sambil mengangguk-angguk kepalanya) Ya, itu memang hebat,

                   tetapi harus diingat bahawa perkembangan bahasa Melayu hanya       

                   berlaku apabila pengaruh Islam mulai masuk ke alam Melayu, 

semasa kebangkitan kuasa kerajaan Melayu Islam di Melaka. Tetapi kini, saya lihat bahasa Melayu telah kehilangan martabatnya. Lihat sahaja penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa politik, ekonomi,sosial, perdagangan dan di dunia Teknologi Informasi (IT). Bahkan di Singapura sendiri, bahasa Inggeris digunakan untuk menghubungkan tali silaturrahim di antara masyarakat majmuk mencapai kemakmuran di negara ini dan memusnahkan tembok

                   perpisahan bahasa.

 

 

Ali:              Pada pendapat saya, untuk mengembalikan zaman kegemilangan

bahasa Melayu, setiap prang Melayu harus memainkan peranan masing-masing di setiap lapisan masyarakat untuk mencapai wawasan ini, bak kata pepatah sedencing bagai besi, seciap bagai ayam.

 

                   Tiba-tiba loceng berbunyi dengan kuatnya menandakan waktu rehat sudah tamat. Ali dan Kamal pun bangkit menuju ke kelas masing-masing sambil memikirkan peranan masing-masing yang harus dimainkan di mesyuarat selepas sekolah nanti. Masing-masing menganggap bahasa Melayu dapat diperkenalkan kepada dunia menerusi sains dan teknologi, sekaligus mendedahkan kepada dunia kekayaan dan keunikan dunia Melayu, terutama dalam bidang sastera. Usaha untuk membuktikan sifat globalisme bahasa Melayu ini harus diusahakan setiap pihak, baik dari segi individu, keluarga, masyarakat, wilayah Melayu dan sesiapa sahaja yang berbangsa Melayu.