Prosedur Kloz

Pilih perkataan yang sesuai daripada senarai yang diberi bagi mengisi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.



Banjir kilat bukanlah suatu fenomena yang luar biasa. Kejadian tersebut sudah menjadi lumrah terutamanya di estet perumahan lama. Tidak 1. (perlu, akan harus, dapat) menunggu musim tengkujuh untuk 2. (menatap, melihat, mengalami, memastikan) banjir kilat, hujan selama dua atau tiga jam saja sudah 3. (biasa, padan, cukup, setimpal). Segenap kawasan akan 4. (tergenang, digenangi, bergenang, menggenang) air dan kapasitinya meningkat dengan cepat hingga menyebabkan 5. (para, setiap, beberapa, berbagai-bagai) jalan utama terpaksa ditutup.

Pelbagai masalah timbul akibat daripada kejadian banjir kilat ini. Banyak kenderaan akan terkandas di jalan raya, tidak dapat ke mana-mana kerana jalan dinaiki air. Kos membaikinya pula bukan sedikit, kalau disebut perbelanjaan yang perlu dikeluarkan pasti pemiliknya akan mengeluh 6. (besar, buruk, pantas, panjang). Keluhan yang sama diluahkan oleh 7. (rakyat, penduduk, pengikut, penuntut) setempat yang terpaksa berpindah apabila berlakunya banjir kilat. 8. (Apa, Mana, Siapa, Bagaimana) tidaknya, setiap kali banjir berlaku, mereka harus berpindah. Setiap kali itulah 9. (pun, juga, bukan, pernah) ada-ada sahaja barang yang rosak dan musnah 10. (ketika, kerana, sewaktu, sungguhpun) gagal diselamatkan. Namun demikian, usaha-usaha kerajaan untuk membantu mengatasi banjir kilat tidak akan berjaya tanpa kerjasama yang sepatutnya.