Make your own free website on Tripod.com

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis huruf jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

Misteri penuaan merupakan rahsia kehidupan yang belum dibongkar oleh mana-mana pakar sains mahu pun teknologi. Ciri-ciri penuaan akan dialami pada peringkat umur yang tertentu. Tanda-tanda penuaan ini lebih ketara pada wanita. Tidak hairanlah ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menghalang atau melambatkan proses penuaan agar kelihatan lebih muda daripada umur sebenar. Dari dekad ke dekad tahap kehidupan dan kualiti kesihatan juga semakin meningkat.

Kita sebagai penyambung kehidupan dan merupakan generasi baru sememangnya perlu berterima kasih atas usaha penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan sehingga mampu menghasilkan, kawalan kebersihan, dan sains perubatan yang membantu meningkatkan tahap kesihatan. Namun pada usia 50-an, tidak kira bagaiman sihat pun seseorang individu, fungsi organ dan kepekaan deria secara semula jadi akan semakin menurun. Walaupun ada yang mampu mencecah usia 120 tahun tetapi dengan keadaan uzur, organ-organ tertentu tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Sehingga kini, apa yang kita boleh lakukan hanyalah meneka dan membuat andaian. Tetapi dengan populasi manusia yang meningkat, saintis kini beralih kepada suatu tahap umur dinamik. Kebanyakan kenyataan terkini yang dikeluarkan oleh para saintis ialah berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas cacing, lalat, tikus, dan monyet, jenis binatang yang kitaran hidupnya boleh dikawal dan diperhatikan di makmal. Tetapi usaha untuk mengaitkan hasil kajian dengan kehidupan manusia juga masih menjadi persoalan.

Sebenarnya persoalan yang menjadi topik utama ialah proses melalui proses penuaan dan bahagian mana yang perlu diubah untuk mengelakkan kita dimakan usia. Kaedah paling berkesan untuk melihat bagaimana masa mengubah kita adalah dengan membandingkan angka kematian pada peringkat umur yang berbeza. Di Eropah dan Amerika Utara kematian tahunan remaja yang berusia 15 tahun ialah 0.5% manakala warga tua yang berusia 50 tahun pula menjangkau angka kematian 1.5% setiap tahun.

Antara sebab kematian di kalangan warga tua ialah serangan jantung, barah dan strok. Ketiga-tiga penyakit ini sememangnya ditakuti mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Ini menunjukkan unsur utama yang memendekkan jangka hayat seseorang bukannya penyakit tetapi keupayaan sistem individu itu sendiri yang tidak mampu melawan serangan penyakit berkenaan.
(Diubahsuaikan daripada rencana, Pengawalan Kalori: Rahsia Awet Muda, Dewan Kosmik, Februari 2003)

Soalan Pemahaman