Perkhemahan
Jabatan Bahasa Melayu TMS telah dianjurkan pada 10 September 2003, semasa cuti penggal, selama satu hari sahaja. Namun begitu,
pada hari tersebut, pelbagai aktiviti telah diadakan untuk para pelajar TMS. Antaranya adalah ceramah oleh Puan Hamidah Bahashwan,
menengai isu percintaan alam remaja. Ceramah tersebut mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar kerana ia berbentuk
interaktif dan dipenuhi pelbagai aktiviti secara berkumpulan. Selepas ceramah tersebut, pertandingan bahasa antara kelas telah
diadakan, seperti Teka Minda, Pertandingan Pidato dan Piramida.
|